Selasa, 22 September 2020

Suri Rumah full time

Assalamualaikum w.bt,
Rasmi sudah 3 tahun memegang title sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. ya! Bukan suri rumah yang berniaga part time, kerja separuh hari, work from home dan sebagainya. Tetapi suri rumah tetap yang menjaga anak 24jam di rumah tanpa apa-apa kerja sampingan lain. Tanpa apa-apa pendapatan sendiri melainkan nafkah dari suami semata-mata. Ia bukan pekerjaan pilihan popular rata-rata wanita moden yang berpelajaran era kini. Lihat sahaja posting-posting di media sosial mengenai perbincangan ibu suri rumah vs ibu bekerjaya, maka fahamlah realiti 'hina' tittle yang dipegang ini. Bak kata rata-rata, "takda duit, takda simpanan, terumbang ambing mengharapkan suami,tidak berdikari,rugi pelajaran" dan macam-macam lagi.

Itu lah realiti sebenar seorang suri rumah tangga. Belum lagi terkait dengan isu-isu dibanding mertua,ipar duai bahkan adik beradik sendiri pun. Ianya pahit ditelan. Namun itulah hakikat sebenarnya yang berlaku. Tanyalah rata-rata wanita yang merupakan seorang suri rumah tangga. Prejudis yang diterima adalah normal biasa.

Seorang wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah perlu memperkuatkan mental dan emosi. Ketahuilah bahawa pilihan atau bukan pilihan, kita akan diprejudis dengan ruang lingkup yang serupa. 

Mengimbau kembali fasa-fasa tersebut mencalarkan hati dan emosi. Pernah suatu ketika dengan soalan biasa.
"kerja apa sekarang?" 
"Tak kerja sekarang, suri rumah tangga"
Respon yang diterima membekas di hati. "Laaa mengaji tinggi tinggi, last last jaga anak ja" 
Komen dihadapan muka itu menampar emosi sendiri. Bukan hanya malu, kecewa dengan diri sendiri, sedih, terkilan, merasa diri manusia gagal. Termanggu tidak berkata apa selain hanya mampu mengiakan. Akhirnya memujuk diri dengan ayat 
"kenapa nak terasa, betul apa yang dikata tu, salah sendiri tak berusaha lebih"
Beberapa situasi lain, dengan soalan yang sama, jawapan juga serupa. Respon lebih pendek namun berbisa,
"loorrhhh yakaaaa, sayangnya"

Teringat juga, beberapa waktu dulu pernah mendapat panggilan temuduga kerajaan. Hanya Allah sahaja lah Maha Mengetahui apa yang dilalui sepanjang di dalam bilik interview. Keluar dengan sedikit saki baki kekuatan mental yang ada dengan istighfar hanya kepada Allah.

Setakat ini dahulu, insyaallah akan disambung di posting yang lain..
Wallahualam.

Dengan kekuatan, menulis untuk berkongsi pengalaman semata-mata. Kuat lah wahai wanita.

Sabtu, 15 November 2014

B.R

Petang yang hening ni, aku teringatkan awal perkenalan aku dan dia . 1 januari 2011 tak silap aku, hari pertama aku jejakkan kaki di Universiti Malaya atau lebih spesifik lagi di Kolej Kediaman Ketujuh Za'Ba. Dalam pukul 11 aku masuk bilik lepas check in dan adik-adik aku tolong angkut barang2 aku. Dalam proses aku menyelerakkan baju-baju, aku nampak dia belari-lari anak melalui bilik. Tergesa2 mencari bilik dengan muka kalut. Aku teruskan kerja aku sorang2 dalam bilik kemudian tiba2 ‘dia’ yang merayau2 kat luar tadi bediri depan pintu bilik sambil memegang sebuah beg. Dalam hati aku masa tu (Alamak,roommate aku ke, muka macam senior ja, janganla aku duduk dengan senior)
“Ni bilik D301 kan?” dia bertanya,
“haa..betoila,” aku jawab n maniskan senyuman.
Dia masuk dan letakkan bag atas meja kemudian keluar semula. Lepas 2,3 minit dia masuk balik, kali ni dengan ahli keluarga dia, ada mak, kakak, budak2 dan sebagainya. Aku senyum ja tak cakap apa-apa, bersalam pun tak, aku terus buat kerja aku mencari baju2 dalam bag. Masa aku tengah kemaskan loker aku, mak dia tanya “Asal mana?” . “Kedah” aku menjawab.

Ituja satu patah perkataan yg aku sembang masa tu. Sombongkan aku? Aku pun tatau kenapa aku bodoh sombong tak menegur sapa n sekurang2nya bersalam dengan orang yang lebih tua dari aku. Aku rasa sampai sekarang aku menyesal sebab tak beramah mesra dan bersembang2 dengan makcik tu a.k.a mak ‘dia’. Aku pada masa tu tak tahu, yang ‘dia’ ni akan jadi sahabat baik aku sampai lah ke sekarang ni aku dah tahun 4, ‘dia’ masih duduk carta teratas kawan baik aku yang aku paling sayang. Yes. Stupid me! Kalaula aku amik masa sembang2 sekejap dengan mak dia, sekurang-kurangnya takla aku rasa menyesal buat perangai sombong dengan mak kawan baik sendiri sekarang ni. Takpa, benda dah jadi kita buat pengajaran, amal..lepas ni ramah dengan orang tua2 okay? Okay! Sambung balik..

Lepasja family dia balik, tinggallah aku dengan dia ja dalam bilik. Adik aku ada jugak kot. Sekejap2, sekejap keluar, sekejap masuk. Tapi yang nak ceritanya kat sini, aku pada masa tu, disebabkan hampir 3 bulan aku terpisah dengan kawan-kawan aku di Nilampuri, aku jadi teruja dan mula menalifon habis kesemua kawan-kawan dalam senarai phonebook aku. Niat di hati nak bertanya khabar, berjumpa dan nak tahu diorang dapat kolej mana bla3.. “Dia” pulak duduk diam-diam atas katil tak buat apa-apa.


Dah habis aku potpet2 dalam phone, aku tengok dia, dia menangis la pulak.. Dalam hati aku (first time masuk asrama kot budak ni), slumber aku bertanya,
“Awat kheyau, tak penah duduk asrama ka?” 
 Dia geleng-geleng ja. (Sedih pulak aku tengok budak ni) hati aku membebel lagi. Aku pun tanya nama dia.
 “Badariah” dia jawab. Lepas tu aku Tanya umur dia pulak. 
ooh..tua setahun, panggil kakak ya? KakBada “ Aku sengeh .
 Sampai sekaranglah lekat panggilan kakak tu. Aku pun tak tau dia suka ke tak aku panggil dia kakak. Tapi sebenarnya aku agak bersyukur, aku mulakan pekenalan dengan dia dengan title dia sebagai ‘kakak’. Bila kita panggil seseorang dengan honorific. Secara automatic kita akan lebih hormat dia, fikir 2 kali untuk cakap kasar, or menyakitkan hati dia tak kira macam mana baik pun dia dengan kita. Walaupun mungkin ada jugak sekali sekala aku mungkin bemulut longkang jugak. Aku harap dia maafkan ja aku. Tapi sekurang2nya title ‘kakak’ tu mengawal perangai n aku pandang hormat kat dia tinggi dari pandangan aku pada teman biasa2 aku tu.

Bermula lah sesi orentasi selama seminggu. Dan bermula juga sesi suai kenal aku dengan kak kesayangan aku ni. Macam-macam benda rare jadi waktu sesi orentasi ni. Aku bercadang nak jadi lebih rapat dengan roommate aku ni a.k.a kakbada. So aku pun selalula cari-cari dia masa kitorang tengah berbaris dalam dewan nucleus ikut cell masing2 tu. Tapi aku dapati budak ni macam taknak kawan dengan aku ja, dia lebih rapat dengan budak satu cell dengan dia. Kitorang jarangla bejumpa dalam bilik disebabkan sesi orentasi ni banyak aktiviti luar dari pagi sampai ke pagi buta baru boleh balik bilik. Pernah sekali tu aku tengah berbaris n tiba2 aku nampak dia sebelah depan aku tengah berbaris jugak. Aku lambai, 
“hai roommate”.
Dia boleh pulak buat derk ja kat aku, dia senyumla tapi macam torpakso ja, (budak ni annoying dengan aku agaknya) fikir aku dalam hati. Nak dijadikan kisahnya, ada satu malam tu kitorang kena denda teruk sebab cheers lembik (Go Za’Ba 3x, cehh) Pukul 2 pagi barula dapat masuk bilik. Tapi budak2 Pm (pembantu mahasiswa) buat hal menjerit konon la kecewa abis dengan kami ni haa.. adala pulak 3,4 orang budak2 junior macam aku jugak mai menyorok kat bilik aku nak belatih buat cheers kononnya taknak kecewakan Pm esok. Bila ingat balik rasa abis bodoh ja semua orang masa tu..kuang3, sekali dengan aku terikut belatih cheers. (taknak ingatla, macam batak ja masa tu). Kakbada pulak dok berjaga tak tido2 sebab kami dok bising-bising dalam bilik agaknya, macam mana dia nak tido. Pagi esoknya ni….

Yaa.. pagi2 buta lepas dah stay up lewat semalam, dalam pukul 4 sepatutnya semua orang kena berhimpun kat dewan nucleus. Malang tidak berbau, aku dengan dia terlajak tido. Tiba-tiba ketua cell aku menjerit2 mengetuk pintu bilik kami. Aku dengan terkejut beruknya bangun n tengok kakbada pun tengah terkejut beruk atas katil sebelah. Macam lipas kudung kena ridsect kitorang bersiap2, tak sempat basuh muka, tak nyempat gosok gigi, pakai baju semalam terus rembat tudung n berlari2 macam orang gila turun dewan. Malangnya nasik telah pun menjadi bubur..kami dah terlewat setengah jam dan semua orang dah berbaris pun dalam dewan. Kami… terpaksa berdiri dengan budak2 lain yang lewat jugak kat luar. Kemudian pm2 panggil kami masuk n berbaris depan semua orang. Dengan muka aku yang tak sempat cuci, fresh dengan air liur basi n taik mata melekat lagi kat muka ni, aku menunduk ja disebabkan malu yang amaaatttt. Aku pandang sebelah aku, roommate aku pun sama 2x 5 muka macam ayam berak kapur jugak. Lebih malang ditimpa tangga lagi, tempat aku dan kakbada berbaris tu betul2 depan budak2 lelaki!! Aku angkat kepala terus ternampak Izat, budak nilampuri sekali dengan aku dulu. Terus aku tunduk 90 darjah. Gila malu dengan muka aku macam belakang kuali beminyak tak basuh baru bangun pagi T__T, aku taktau apa yang kakbada rasa, aku fikir mesti malu nak mampus sama ja macam aku. Roomate yang terlajak tido n sama2 kena denda. Waw..baru kenal tak sampai seminggu kami dah cipta kenangan ‘indah’ bersama. Memang rare.

Aku masih ingat juga first time makan bersama dengan dia dalam bilik. Masa tu baru ja habis aktiviti n bolehla berehat sekejap. Aku ingat lagi, masa tu kitorang makan nasi putih lauk ayam kicap n cendawan dengan sayur. Kenapa aku ingat moment ni? Sebab ni la first time aku sembang dengan dia agak lama n tau ketidaksukaan dia. Dia kasi aku ayam dia, first time tahu dia tak suka makan ayam, dan sampai sekarang dah tahun akhir pun dia memang tak minat ayam sangat. Aku bersyukur gila dia bagi ayam dia tu kat aku. Sebab aku memang teliur pun tengok ayam dia yang gemuk dalam tuperware masa tu, sebabnya aku ni peminat tegar ayam2 sedunia..keh keh keh :D Aku bukan jenis minta2 orang, tapi kalau orang nak bagi aku rembat ..

Ohh.. sejak dari minggu orentasi yang penuh sejarah tu, aku mula rapat dengan dia. Kami turun makan sama-sama, jalan kaki jelajah um sama-sama, roommate sama-sama untuk beberapa tahun. Dan sekarang dah tahun akhir aku tetap sama kolej dengan dia. Walaupun tak sebilik, jarak dan waktu tidak memisahkan kami (cewah). Banyak peristiwa yang terjadi sepanjang 3 tahun kat UM ni. Dan banyak juga memori suka duka yang aku cipta dengan dia. Dia teman aku menangis, aku teman dia menangis (sampai begegar katil dia menangis). Kami berkongsi perasaan, kisah n pengalaman hidup, dia belikan aku ubat waktu aku demam, sabar dengar aku beleter dalam bilik, dia tau perangai buruk aku yang orang lain tak tau, dia tau kekurangan aku yang insan lain tak pernah tau, dia tau kelemahan aku yang manusia sekeliling tak tau. Dia belapang dada bila aku buat dia terasa, dia banyak sabar dengan perangai aku, tak pernah mengutuk dan merendahkan kekurangan aku, selalu bagi motivasi kat aku, yang temankan aku berjaga malam-malam, Yang mendengar setiap keluhan aku yang berulang kali. Banyak istimewanya dia.
Walaupun dalam hubungan ni, ada turun naik, aku tau dia mesti pernah terasa dengan aku, jadi kalau ada apa2 yg mungkin aku terasa dengan dia, aku lagi rela belapang dada dan takkan ambil hati, sebab sahabat yang baik tu macam permata yang susah nak dicari. Dan sedangkan lidah lagi tergigit. Dia selalu ada dalam doa aku, aku bersyukur ALLAH beri aku nikmat bersahabat, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun silih berganti selalu saja ALLAH ganti kehilangan aku dengan yang lebih baik :’)


#Kuat dalam hatiku, moga uquwah ini sampai hujung nyawa, bahkan jika nyawa itu hakikat yang memisahkan, semoga antara kami saling mendoakan dalam doa dan sujud kami antara satu sama lain. Semoga kami mampu berubah menjadi lebih baik, solehah dan dicintai ALLAH .. insyaallah <3 B.R : Badariah Radzi
# Sabtu/ 4pm/Kolej 12/hujan lebat <3



Ahad, 14 September 2014

Semester ini...


Universiti Malaya.
Semester yang terakhir ini,
Kau penyebabku derita,
Ujian ini aku hadap dengan tegap dan kukuh,
Walau 1,2,3 bebanan takku sangka jatuh ke bahu silih berganti,
yang sebabkan mindaku patah, kaki ku lemah dan jiwaku lelah,

Satu demi satu kenyataan aku hadap dengan hati renyuk,

Cita-cita yang ku pasak berselerakkan sisa-sisanya di jalanan,
Tak mampu ku kutip lagi lalu terbiar di situ saat aku menghayun langkahan kaki,
Aku mencari haluan baharu,

Universiti Malaya,

Semester terakhir ini,
Kau sebabkan aku hilang arah tanpa kompas,
Membiarkan aku jatuh rebah tanpa tongkat,
Tapi aku tidak tetap duduk seperti selayaknya aku.
Semester akhir ini, aku lalui haluan kendiri,
Luka, calar dan darah kering diubat masa,

Cita-cita yang hancur berselerak tetap aku biar,

Lama dan aku lupa,
Haluan  ini aku temui impian baharu,
Aku nampak tangan yang dulu ada tapi aku tidak sedari,
Aku lihat kelibat yang menjengah khabar ku saban hari,
Aku renung genggaman yang memeluk erat bahuku kini,

Cita dan impian baharu ini aku pasak teguh dengan lebih kuat,

Di hujung sisi aku bermuhasabah,
Tarbiah ALLAH yang indah,
Buat aku..



#Nukilan budak tak dapat kolej, gelandangan seminggu#
- 10.05 pagi, Surau Al-Irsyad Za'Ba, 
- Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.

Khamis, 28 Ogos 2014

AYAHANDA ..

Nukilan yang aku ciptakan khas buat abah yang aku sayang,YA ALLAH..sayangilah abahku, sepertimana dia menyayangiku,Berikan dia kebahagian tika didunia, kebahagian nanti di akhirat...


Ayahanda...

Saat aku lemah dihimpit impian dunia,
Kau hadir memberiku dorongan,

Duhai ayahanda...
Bisa aku teguh berdiri,
Kerna pautan semangatmu yang menongkat,
Tega aku mengharungi sunyi,
Jua disebab ucapan keramatmu yang ku paut dihati,

Duhai ayahanda..
Wajah tuamu yang ku rindui,
Tegas suaramu aku ingati,
Perit payahmu mejadi budi,

Duhai ayahandaku....
Nasihat pedomanmu menguatkan hati,
Miskin hartamu yang menyedarkan diri,
Bahawa aku, dewasa kerana keringatmu...

Duhai.. Ayahanda..
Tiada lelaki sehebatmu dalam takhta hatiku,
Kau yang ku sayangi..ku rindui..
Selepas Penciptaku jua Rasul ilahi,

Duhai ayahandaku...
Aku anakmu..Dewasaku kini...memamah usiamu saban hari,
Kau..Ayahanda yang aku cintai..

Doa untuk abah selalu INSYAALLAH :')

Jumaat, 8 November 2013

Sebahagian dari aku di masa lalu ^^.

Zaman sekolah Al-Maahad Addini Alor Star.

MADIAS :')

Banyak kenangan lucu yang takdapat aku lupakan di situ. Aku nak ceritakan perihal aku di zaman sekolah, Cuma nak abadikan dalam blog ni, supaya bila aku baca balik aku terimbau dan ambil pengajaran INSYAALLAH . (n_n) Aku masa zaman sekolah seorang yang sangat rendah diri, bukan rendah diri dalam erti kata tawadhuk begitu, tapi merendah diri sebab kurang keyakinan dalam diri ni. Percaya atau tidak, mungkin disebabkan penampilan dan pemikiran aku. 

Aku menghadapi masalah jerawat yang sangat teruk pada zaman sekolah menengah, Sangat teruk sampai aku malu sangat-sangat pada kawan-kawan. Penampilan aku takyah cakaplah, selekeh hanya ALLAH yang tahu, aku tak suka lipat tudung aku, hanya kerana satu sebab, aku rasa aku hodoh gila, n orang sekeliling berkemungkinan akan merasa jijik melihat muka aku ni, yup! sampai taraaaa tu kata orang Aloq Staq. Untuk pengetahuan jugak, aku budak sekolah agama, jadi tudung aku ialah spesis tudung bulat jahit tengah dan labuh sampai ke lutut, takdala sampai lutut tapi kalau tambah beberapa inci lagi bekemungkinan untuk mencecah lutut ada 70% jugakla. Nak sambung cerita lagi, oleh sebab tabiat aku yang tak suka melipat tudung tu, aku membiarkan tudung depan aku meleret sampai tutup bijik mata,( pernah juga sampai menutup hidung). Style aku bejalan tunduk 90darjah, boleh bayangkan dak? dahla muka ditutup tudung tak belipat, jalan tunduk heret kasut. Heret kasut tu aku tambahla, balaqoh kata orang. Yaa..macam watak filem star wars.

Pernah sekali, aku kena marah dengan ustazah fatimah sebab tak lipat tudung, kena marah pulak dalam kelas. Dengan perasaan malu gilaaa..aku tepaksa melipat tudung aku depan semua budak kelas. 
"Argh!..yaa kawan-kawan, lihatla wajahku yang hodoh". 
Itulah yang aku pikir dalam otak aku pada masa tu. Kawan-kawan punya teguran takyah sebutla kat sini. Aku dah hadam ayat-ayat depa.
"wei, ang ni tak jaga muka ka..awat jadi laguni"
"banyak jugak jerawat muka akak ni, akak tak pakai pencuci?"
"Amalina ni segak ja, tapi kalau takda jerawat mesti lagi segak, tambah cerah sikit, mesti lawa" ( cakap jerla aku hodoh..banyak plak tapinya)
" Ang picitka jerawat ang tuuu..makin besaq gilaa aku tengok "
" wei..ang ni kuruih macam tiang lampu "
" Ang rajin main panas ngat ni amalina..tu yang kelaam jaa"

Kalau nak senarai kat sini , memang tak habislaa, tapi itu ayat yang aku dah hafal dan aku hadam sampai sekarang ni. Masa tu memangla aku kecik hati dengan kata-kata kawan-kawan, tapi takpala, tu ja kawan aku pon, nak kecik hati sangat takdak kawan plak nanti. Tapi satu ja yang aku nak sangat luahkan kat semua orang tapi takda peluang. Aku nak luah harini la. Macam ni wei .... Aku bukanlah tak jaga muka aku, aku dah cuba, aku cuci aku pakai bedak sejuk, bedak panas, bedak suam, bedak hilang panau, bedak hilang resdung, bedak cina, bedak india, bedak melayu. Tapi apa nak buat ? Takda hasil. Lagi satu ni, hempa kalau nak tegur aku pon, janganla depan adik-adik, kawan-kawan. Hempa tau dak hati aku ni teguris? aku taula aku tak segak cam hempa ( ayat sebak kunun). Aku rasa ni masalah hormon aku sendiri. Oh hormon kenapala kau bemasalah ? Hempa sepatutnya besyurkula tak jadi macam aku wei kawan-kawan semua, takda masalah jerawat, kulit gebu putih bersih, senyuman menawan semua tertawan. Tapi takpa, aku tak terasa la lama-lama, sat-satja aku lupala. Sekian. 

Tapi aku paling ingat kata seorang sahabat aku ni. Mula-mula dia mai ziarah kelas aku, aku pun sembang-sembang sat ngan dia, dia ngadu naik jerawat kat dahi, tensyen katanya. Muka dia memang sihat takda masalah, jerawat sebijik tu bagi aku tak bagi kesan pada kejelitaan dia pon. So, aku kata camni kat dia, dengan niat nak ilangkan stress dia. 
" ehh..tak nampak sangat pon jerawat tu, esok elokla tu, jangan picitja, nanti parut . "
Dia balas :
" Dakla..aku takmau jadi cam muka hang. "
Ayat pendek, ringkas dan padat . Tapi menusuk jantung aku sampai tembus . Aku senyum tak kata apa-apa kat dia. Senyum macam ni ^____^.

ALHAMDULILLAH sekarang muka aku ni takdala dahsyat dah macam dulu, parut n jerawat masih ada. Cuma takdala cam raksasa power rangers dah..hihihi.
kepada kawan-kawanku yang ada masalah sama, Sabaq ja la noo..besaalaa..belapang dada sikit. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Dahla. ni sikit bahagian pasai aku di zaman sekolah, aku nak sambung tapi lain kalila. banyak lagi cita zaman sekolah. Nanti aku taip lagi . waalaa...tata
Ma'a Salamah wa ilal liqa (n_n)


Besyukur dalam setiap sudut kehidupan :) ALHAMDULILLAH

Amalina Che' Omar.
4pm kat umah tok.
Sekarang 21 tahun ^^.


Jumaat, 14 Disember 2012

Lirik Ketika Ini - Estranged

Sedih mulanya
Jikalau kamu tiada lagi di sisi
Wujud bezanya
Keadaan itu bertukar akhirnya
Sunyinya rasa
Yang sebenarnya di sini engkau tiada
Senangnya rasa
Mengingati masa dia ada bersama

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi

Senangkah engkau
Sekiranya tiada aku jelma
Kuatkah kamu
Kalau tiada menunjukkan arah
Berdirilah kau
Agar yang disebelah kamu bantu
Sedihnya rasa
Hatiku mengundang masa kau masih ada

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu

Kelip terakhir
Buat mataku
Kita layari
Cakerawalamu

Hanya sunyi disisiku
Sehingga kita bertemu
Hanya suci ditanganku
Hingga kita bertemu

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi

Isnin, 5 November 2012


Lelah nafas..
Sebuah pengambaraan..
mencari Humaira' dalam sakinah perjuangan..
Mengapai maryam diantara Tawadhu' suatu pertempuran..
mengejar Asma dari setiap nukilan mahabbah keberanian..
Menjumpai Khadijah dalam usrah penuh cinta dan kasih sayang ..

~nukilan : Amal_disampingmu~

Perjuangan menjadi solehah itu takkan pernah aku lupakan ..
Impian yang ku impikan sejak kecil..
ALHAMDULILLAH..hatiku mudah terpaut pada yang baik..
Aku tidak mahu nilaian manusia..
Biar kasar bicaraku..
Biar tidak ayu tindakan ku..
Andai aku seorang..
Biar aku solehah di mata ALLAH..
INSYAALLAH..
doa yang takkan pernah ku luputkan..amin..